Tentang Kami

Semenjak 2018 ASCADEMY® telah membantu ratusan pelajar dari golongan pelajar sekolah dan IPT, individu bekerja sendiri dan kumpulan profesional menguasai tahap bahasa Mandarin yang mereka perlukan untuk kerjaya mereka.

Kelas Mandarin ASCADEMY® adalah kaedah pembelajaran MUDAH dan BERKESAN yang digunakan di ASCADEMY® untuk membantu pelajar-pelajar tahap pemula menguasai perbualan asas bahasa Mandarin sebelum mereka mempelajari bahasa Mandarin tahap pertengahan dan tahap tinggi.

Alhamdulillah, setelah mengikuti Kelas Mandarin di ASCADEMY® ada pelajar tahap pertengahan dan tahap tinggi kami yang telah melanjutkan pelajaran di Taiwan dan China selain ada yang bekerja sebagai guru bahasa Mandarin.

Semua pelajar ini tidak pernah belajar di Sekolah Rendah Cina sewaktu kecil, mereka mula belajar dari tahap pemula sehinggalah ke pertengahan dan tinggi yang mengambil masa 2-4 tahun bergantung kepada komitmen belajar masing-masing.

Mereka adalah bukti umur bukanlah penghalang untuk seseorang berjaya mempelajari dan menguasai bahasa Mandarin. Bahkan, dari pengalaman kami di ASCADEMY® pelajar dewasa lebih cepat dan bagus dalam memahami dan menguasai pelajaran bahasa Mandarin berbanding kanak-kanak.

Kelas Mandarin ASCADEMY® di Kompleks As Saadah